Thursday, May 26, 2011

Soalan Kertas 2 BM Setengah Tahun PMR (Daerah Segamat)

PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEGAMAT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN TIGA
2010

BAHASA MELAYU
KERTAS 2
Dua jam

Bahagian A(i)
[20 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum rakyat Malaysia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Kepelbagaian ini telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang unik. Perpaduan kaum merupakan kunci pembangunan dan kemajuan bagi sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Apabila wujudnya perpaduan kaum, nescaya segala yang direncanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi, taraf hidup, pembangunan, dan kemajuan negara dapat dicapai. Perdana Menteri mahu anak-anak kita dididik akan pentingnya perpaduan kaum menerusi kerjasama, muafakat, dan toleransi. Oleh itu sesuatu yang perlu dilakukan pada peringkat sekolah untuk menyemai nilai jati diri ke arah perpaduan membabitkan semua bangsa.

Niat kerajaan apabila mewujudkan sekolah kebangsaan atau sekolah wawasan selama ini adalah untuk memperkukuh persefahaman jitu antara pelajar pelbagai kaum dan fahaman agama. Secara umumnya perpaduan kaum dapat diwujudkan dengan membentuk persefahaman antara kaum. Sejarah membuktikan, prasangka kaum bumiputera terhadap kaum lain juga amat tinggi. Aktiviti-aktiviti sosial dalam masyarakat seperti gotong-royong, kempen-kempen, dan sebagainya mampu menarik lebih banyak penyertaan dari pelbagai kaum merupakan usaha untuk memperteguh perpaduan kaum.

Di samping itu, dialog antara kaum dapat menyelesaikan banyak masalah yang timbul dalam kaum masing-masing dengan efektif dan kolektif. Bak kata pepatah, “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Usaha membentuk dan mengekalkan perpaduan kaum tidak harus berhenti di situ sahaja. Pelbagai cara dan pendekatan yang lebih baik perlu difikirkan oleh semua rakyat Malaysia. Selain itu, kerajaan boleh mewujudkan satu organisasi belia antara kaum yang ditaja kerajaan.

Pada waktu yang sama, kita mengharapkan semua pemimpin politik jangan sesekali membangkitkan isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum. Sesungguhnya, kebahagiaan yang kita kecapi sekarang ini mungkin sudah tiada pada masa hadapan disebabkan perpecahan antara kaum. Hal inilah yang digeruni oleh pemimpin-pemimpin dahulu sewaktu menuntut kemerdekaan negara 1957.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana pengarang
“Memastikan Perpaduan Kaum Terus Kekal”, dalam Berita Harian, 11 Mac 2009)

Bahagian A(ii): Pemahaman
[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud segala yang direncanakan yang terdapat dalam petikan.
[2 markah]

2. Nyatakan dua faedah apabila wujudnya perpaduan kaum.
[4 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sekiranya tiada perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita?
[4 markah]

Bahagian B
( 20 markah )
Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara berbelanja dengan bijak.. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengguna Bijak

Rancang perbelanjaan
Beli barang yang perlu sahaja
Senaraikan barang keperluan


Bahagian C
(40 Markah)

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Anda telah berpeluang mengikuti program Kursus Kepimpinan Pelajar anjuran pihak sekolah.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh daripada program tersebut?

2. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.
Bincangkan.

3. Sahabat karib anda di luar negara ingin mengetahui tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.
Tulis sepucuk surat dengan selengkapnya.

4. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar kian berleluasa.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya gejala ini.

5. Peribahasa “ Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebung ” sering menjadi pedoman kepada ibu bapa supaya mendidik seseorang anak itu ketika dia masih muda, kerana kalau sudah besar tiada akan berhasil lagi.

Tulislah sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini.


Bahagian D
( 10 markah )
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau di Tingkatan 3.

Nilai Kemanusiaan
Tolong-menolong
Kasih Sayang
Keberanian

NOVEL TINGKATAN 2

TIMULAK KAPAL PERANG
Karya Azmah Nordin
PAHLAWAN PASIR SALAK
Karya Mohd Ismail Sarbini
TRAGEDI EMPAT DISEMBER
Karya Dzul Karnain Ithnin
KAPTEN HASSAN WIRA BANGSA
Karya Harun Johari

NOVEL TINGKATAN 3

EKSPEDISI
Karya Mohd Ghazali Tocheh
PANAS SALJU
Karya Talib Samad
KANANG : CERITA SEORANG PAHLAWAN
Karya Maznan Nordin
MERDEKA! MERDEKA !
Karya A. Rahman Hanafiah

Huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai kemanusiaan yang dinyatakan berdasarkan novel yang telah anda kaji

KERTAS SOALAN TAMAT

1 comment:

zareenyandow said...

How to get to Borgata by Bus from Borgata on - DrmCD
What to 안양 출장마사지 do at 이천 출장마사지 the Borgata Hotel & 충청북도 출장안마 Casino in Atlantic City? · 강릉 출장마사지 Boardwalk. Directions to the Borgata Hotel and Casino. · This option is 상주 출장샵 available to

Kertas 1


PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU
KERTAS 1 MASA : 1 JAM 30 MINIT

Soalan 1 hingga Soalan7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
1. Mata abang _________________ apabila lampu biliknya dipasang oleh ibu.
A terkebil-kebil
B terpinga-pinga
C berpinar-pinar
D berputar-putar
2. Mulut Aliza _______________ semasa menyaksikan persembahan ahli akrobatik yang lincah itu.
A menganga
B melopong
C terkunci
D terkatup
3. _____________ asing datang ke Malaysia kerana di negara kita terdapat banyak peluang pekerjaan.
A Pendatang
B Pelancong
C Pelanggan
D Pengunjung
4. Orang ramai __________________ pergi ke pasar raya itu kerana ada jualan murah.
A beramai-ramai
B berjalan-jalan
C berpusu-pusu
D berasak-asak
5. Kakak menyapu daun-daun kering yang _____________ di halaman rumah.
A bertaburan
B berhembusan
C bertempiaran
D berhamburan
6. Persembahan penyanyi itu begitu ______________ hati penonton yang menyaksikan persembahannya.
A memukau
B mendebarkan
C mempesonakan
D menggembirakan
7. Baju kurung moden yang berwarna jingga itu memang ____________ dengan tubuh Haliza yang tinggi lampai.
A cucuk
B padan
C cantik
D elok
Soalan 8 hingga Soalan 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C
jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
8. Hartawan ternama itu ditemui mati di dalam sebuah kereta yang enjin dan
A B
penghawa dinginnya terpasang. Tiada kesalahan.
C D
9. Para pekerja-pekerja itu dibawa khas dari negara jiran untuk membina projek
A B
lebuh raya yang baru itu. Tiada kesalahan.
C D
10. Pengetua Sekolah Menengah Jalan Bukit mengumumkan bahawa Tan Siew
A
Moi dianugerahkan hadiah pelajar cemerlang kokurikulum pada tahun ini.
B C
Tiada kesalahan.
D
11. Takat air Sungai Selasih naik secara mendadak berikutan hujan lebat yang
A B C
turun selama dua hari berturut-turut. Tiada kesalahan.
D
12. Semua pelajar-pelajar tingkatan satu yang baru masuk ke sekolah itu
A
diwajibkan menyertai minggu suai kenal yang akan diadakan pada minggu
B C
hadapan. Tiada kesalahan.
D
13. Pemuda yang tidak siuman itu berjaya ditenteramkan oleh pihak polis dalam
A B
cabarannya membunuh diri. Tiada kesalahan
C D
14. Sudah berbulan lamanya saya tidak berjumpa dengan Alia. Tiada kesalahan.
A B C D

Soalan 15 hingga Soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan
tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15. I Kerbau jantan itu lari seperti kemasukan hantu.
II Pihak berkuasa melipatgandakan usaha menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.
III Matanya terasa pedih kerana kemasukan asap sabut yang dibakar.
IV Sebagai pengurus besar, Encik Kamal mengawal kemasukan wang syarikat.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
16. I Kambing-kambing meragut rumput di padang sekolah itu.
II Pemergian sahabat karibnya telah meragut kegembiraan Dalila.
III Perkahwinan Encik Salim kali kedua telah meragut kasih sayang anakanaknya.
IV Perompak itu berjaya meragut tas tangan gadis itu.
A I dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja
17. I Matanya yang bulat dan merah menatap muka musuhnya.
II Mereka bulat suara menolak cadangan pembinaan tempat pelupusan
sampah.
III Perjumpaan meja bulat yang diadakan itu adalah untuk menyelesaikan masalah persempadanan.
IV Kamu terpaksa melalui bulat itu di Jalan Indah sebelum pergi ke Kampung Selamat.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

Soalan 18 hingga Soalan 21
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda.
Jika tiada kesalahan tandakan D.

18. Saya menunggunya selama hampir satu setengah jam di perhentian bas.
A hampir kepada satu jam setengah
B hampir setengah satu jam
C hampir satu jam setengah
D hampir satu setengah jam
19. Abang menghadiahi seutas rantai emas kepada emak bersempena dengan Hari Ibu.
A menghadiahi seurat rantai emas
B menghadiahkan seurat rantai emas
C menghadiahkan seutas rantai emas
D menghadiahi seutas rantai emas
20. Di musim kemarau, banyak petani mengalami kerugian kerana tanaman padi musnah akibat kekurangan air.
A Sewaktu musim kemarau
B Dalam musim kemarau
C Pada musim kemarau
D Di musim kemarau
21. Ketiga mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital.
A Ketiga-tiga mangsa kemalangan
B Ketiga-tiga orang mangsa kemalangan
C Ketiga-tiga orang mangsa-mangsa kemalangan
D Ketiga mangsa kemalangan

Soalan 22 hingga soalan 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22. Pak Samad mengait buah rambutan dengan pengait untuk diberikan
kepada saudaranya yang datang dari Melaka.
A Saudara Pak Samad yang datang dari Melaka ingin mengait buah rambutan dengan pengait.
B Buah rambutan itu dikait oleh Pak Samad untuk diberikan kepada saudaranya yang datang dari Melaka.
C Pak Samad menyuruh saudaranya mengait buah rambutan untuk dibawa balik ke Melaka.
D Buah rambutan itu dikait oleh saudara Pak Samad yang datang dari Melaka.

23. Kajian menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar belum memuaskan.
A Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar belum memuaskan seperti yang dikehendaki kerajaan.
B Kajian menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar belum memuaskan tahap penggunaannya.
C Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar belum memuaskan tahap penggunaannya.
D Pelajar luar bandar belum mahir berbahasa Inggeris berdasarkan kajian yang dibuat.
24. “Semasa cuti sekolah ini, janganlah melakukan perbuatan yang tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri,” pesan Pengetua kepada para pelajar.
A Pengetua menasihati para pelajar agar tidak merugikan diri sendiri dengan kegiatan yang tidak bermanfaat pada masa cuti sekolah.
B Para pelajar mendengar pesanan Pengetua yang melarang mereka melakukan kerugian semasa cuti sekolah.
C Para pelajar diingatkan oleh Pengetua supaya melakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan hasil yang lumayan.
D Pengetua mengingatkan para pelajar agar mengambil kita untung rugi sebelum melakukan sesuatu pada masa cuti sekolah.

Soalan 25 hingga soalan 27
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

25. I Walaupun soalan itu sukar bagi setengah pelajar, dia dapat menjawabnya.
II Rata-rata penduduk kampung bersetuju dengan cadangan Tuk Penghulu.
III Gulungan yang kurang upaya wajar diberikan bantuan.
IV Perahu nelayan itu terolang-oleng dilambung ombak.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

26. I Semua peserta olahraga sedang menjalani latihan pesat di Bukit Jalil.
II Dalam ingatan saya, tingkah lakunya tidak pernah mencurigakan sesiapa.
III Dia menangis termengah-mengah kerana kucing kesayangannya hilang.
IV Puan Suriani ada menjelaskan dalam suratnya tentang hal tersebut.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

27. I Orang tua perlu dihormati oleh kita yang lebih muda.
II Sewaktu datuk dan nenek tiba, ibu sedang menjerang air.
III Pakaian pengemis itu comot dan serbah-serbih.
IV Para pengunjung tertarik oleh persembahan pemain silap mata itu.
A II dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.
28. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
A burung terbang dipipiskan lada.
B lembu punya susu, sapi dapat nama.
C sekali jalan kena, dua kali jalan tahu.
D orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.

29. Peribahasa yang berikut sesuai dengan situasi gambar di atas kecuali
A seperti aur dengan tebing.
B bersatu teguh, bercerai roboh.
C berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
D bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat.
Kamarul bertungkus lumus menyiapkan modul kereta
itu. Rakannya, Nasrul hanya membantu. Namun
demikian, Nasrul pula yang mendapat pujian.

30. Peribahasa di atas bermaksud
A hendaklah melarikan diri jika berhadapan dengan musibah.
B jangan masuk campur dalam urusan dua pihak yang berkuasa.
C apabila dua kuasa besar bergaduh, rakyat juga yang menderita.
D jika dua orang yang bertenaga berlawan, yang kecil akan menjadi mangsa.

Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kalakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai: kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang Zuhur; sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, “Ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar, dan kalau aku pergi
kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu, dan jikalau aku
pergi kepada orang berdikir itu perutku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu
dahulu, kerana sabda junjungan: Dahulu kerjakan wajib daripada kerja yang lainlain.” Hatta telah Lebai Malang berfikir demikian, maka ia pun pergilah ke rumah
orang kematian itu. Dengan takdir Allah Taala Pak Lebai bertemu dengan orangorang yang pergi menanamkan orang mati itu baharu pulang sahaja dari kubur. Maka
kata saudara si mati, “Allah Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah habis suatu pun tiada lagi, minta maaflah sahaja kepada Pak Lebai.” Maka kata Pak Lebai,
“Sudahlah, apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki sahaya.” Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu, serta ia sampai ke sana, orang
semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang yang empunya kerja itu, katanya, “Ah, ah, ini pun Pak Lebai baru tiba! Mengapa Pak Lebai lambat datang?
Sekarang apa pun tiada lagi: semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah hal sahaya ini, kerana semuanya sudah habis sekali.”
(Dipetik daripada prosa tradisional Lebai Malang, Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP)

31. Tindakan Pak Lebai berfikir sebelum pergi ke rumah kenduri menunjukkan bahawa dia
A berhati-hati.
B prihatin.
C tamak.
D teliti.
32. Mengapakah Pak Lebai mengambil keputusan untuk pergi ke rumah orang mati dahulu?
A Rumah orang mati itu lebih dekat
B Makanan di rumah tersebut lebih sedap
C Pengebumian orang mati itu perlu diutamakan
D Tuan rumah orang mati menjemputnya dahulu
33. Nilai utama yang ingin diterapkan dalam cerita Lebai Malang ialah
A menepati masa.
B berfikir secara rasional.
C menghormati jiran tetangga.
D keharmonian hidup bermasyarakat.
34. Yang berikut latar masyarakat dalam petikan di atas kecuali
A mementingkan diri sendiri.
B mengamalkan cara hidup Islam.
C masyarakat yang berbudi bahasa.
D saling membantu dalam kenduri-kendara.
35. Cerita Lebai Malang diakhiri dengan
A Mak Lebai memarahi Pak Lebai.
B penganannya dilarikan oleh anjing.
C Pak Lebai masuk ke dalam kelambu.
D barang-barang Pak Lebai telah dicuri.

Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

RUANG
Tuhan memberikan ruang dan udara
untuk kita menghambat kehidupan
biarpun aku dalam panas sinar mentarimu
malammu terlalu lembut dengan udara dingin
yang mencengkamku hingga jauh di hujung malam.
Tuhan memberikan ruang dan udara
yang cukup panjang untuk kita
mendaki bukit-bukit harapan
sambil mencari ketentuan
yang terapung di mana-mana
aku berterima kasih
kerana kau telah menjanjikan
sesuatu yang tak dapat aku pastikan.
Ahmad Razali Hj. Yusuf
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,
Tingkatan 2, DBP)
36. Ruang dalam sajak ini mungkin sekali ialah tempat
A kediaman.
B untuk bernafas.
C untuk bekerja.
D untuk hidup.
37. Yang berikut manfaat “ruang dan udara” kepada manusia kecuali
A membolehkan kita mengejar kehidupan.
B melakukan apa-apa sahaja yang disukai.
C memberikan masa yang cukup untuk bertindak.
D menikmati perubahan cuaca pada waktu siang dan malam.
38. Apakah perasaan yang digambarkan dalam baris sajak di atas?
A Lega
B Insaf
C Syukur
D Gembira
39. Unsur gaya bahasa yang terdapat pada baris ketiga bait kedua sajak di atas ialah
A simile
B metafora
C hiperbola
D personifikasi

aku berterima kasih kerana kau telah menjanjikan
sesuatu yang tak dapat aku pastikan. Tuhan memberikan ruang dan udara yang cukup panjang untuk kita
mendaki bukit-bukit harapan sambil mencari ketentuan
40. Sajak “Ruang” bertemakan
A mensyukuri rahmat Tuhan.
B menikmati perubahan cuaca.
C bergerak bebas dalam kehidupan.
D melakukan sesuatu yang digemari.
- KERTAS SOALAN TAMAT -

Kertas 1

Soalan 1 hingga Soalan 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1. Para ______________ diminta memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara.

seniman
budayawan
cendekiawan
biduan

2. Kumar terpaksa bekerja selepas pulang dari sekolah untuk ______________ pelajarannya kerana hidupnya susah.

membiaya
membiayai
biayai
membiayakan

3. Penjahat-penjahat itu berlari ____________________ apabila dikejar oleh polis.

simpang-siur
tercungap-cungap
lintang-pukang
gopoh-gapah

4. Kedudukan syarikat itu menjadi lebih ____________ apabila barang-barang keluarannya telah dipasarkan ke luar negara.

maju
dinamik
teguh
kuat

5. Amirah Zahirah duduk _________________ ketika makan bersama-sama tetamu lain dalam majlis perkahwinan sepupunya.

besimpuh
bersempoh
bertempuh
bersila.

6. Bantuan kewangan itu ______________ untuk kanak-kanak terencat akal.

ialah
adalah
boleh
telah




7. Setiap pagi Ahmad akan bersarapan ______________ roti sebelum pergi ke sekolah.

setongkol
sekeping
sehelai
sepotong

Soalan 8 hingga Soalan 14

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan-kesalahan ini telah di tanda dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, dan C jika ayat itu itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8. Kerajaan telah mengorbankan lebih RM 7,000 juta bagi membina 17 buah IPTA
A B
untuk membolehkan graduan elit memimpin kemajuan negara ini. Tiada kesalahan.
C D

9. Beberapa buah negara besar telah bersekongkol untuk menyerang Iraq di atas
A B
tuduhan kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah. Tiada kesalahan.
C D

10.Pedana Menteri menyifatkan kedua-dua pelajar yang berjaya mendaki Gunung
A
Everest bukan saja cemerlang tetapi terbilang kerana tidak banyak orang yang
B
berjaya mendaki ke puncak.Tiada kesalahan.
C D

11.Kita perlu makanan yang seimbang untuk pembesaran tubuh yang sempurna di
A B
samping mendapatkan bekalan tenaga yang cukup dan mengelakkan penyakit
C
tertentu. Tiada kesalahan.
D


12. Mesyuarat tergempar itu membincangkan tentang masalah disiplin yang semakin
A B C
serius di kalangan pelajar. Tiada Kesalahan.
D

13. “Kita ingin mempelajari cara-cara membuat batik dengan mendalam lagi”. Kata
A B C
para pelajar itu kepada penyelia kilang itu. Tiada kesalahan
D

14 Setiap peserta Sukan SEA ke-16 di Manila mempunyai sebuah cita-cita untuk
A B
mengharumkan nama negara. Tiada Kesalahan.
C D

Soalan 15 hingga soalan 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15. I Sejak akhir-akhir ini dia jarang-jarang pulang ke kampungnya
II Memakai pakaian yang jarang-jarang ke sekolah menjadi satu kesalahan
III “Pokok kelapa yang kamu tanam itu agak jarang-jarang “.Kata Yusof kepada
Ali.
IV Jarang-jarang benar dia mengambil tahu tentang keluarganya

I dan II
I dan IV sahaja
II,III dan IV sahaja
III dan IV

16. I Siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan mendatang?
II Demokrasi di Malaysia akan mendatang kebahagian kepada rakyat negara ini.
III Orang mendatang mesti diberi layanan yang saksama
IV Dia baru saja mendatang dari Johor

1 dan III sahaja
II dan IV sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahaja

17. I Kampung kami keputusan air semenjak seminggu yang lalu kerana empangan
pecah.
II Keputusan Zaman untuk berhenti berkerja telah mengecewakan ibu bapanya.
III Bagaimanakah keputusan perhubungan antara dua buah negara itu.
IV Hanya tinggal sehari sahaja lagi keputusan PMR akan diumumkan.

I dan II
I,II dan IV
II dan IV
I,II,III dan IV

Soalan 18 hingga soalan 21

Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda mengangap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah , anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D

18. Beberapa pelajar-pelajar sekolah itu telah memilih belajar bahasa Cina sebagai
bahasa pilihan.

Beberapa pelajar sekolah itu telah memilih belajar bahasa Cina sebagai bahasa pilihan
Beberapa orang pelajar memilih sekolah itu
Beberapa orang pelajar sekolah itu telah memilih
Beberapa pelajar-pelajar sekolah itu telah memilih

19. Persatuan belia kampung itu yang mengharapkan kepimpinan dari belia yang
berpengalaman.

harap akan pimpinan dari
mengharapkan pimpinan daripada
yang mengharapkan kepimpinan dari
yang mengharapkan kepimpinan dari

20. Faedah yang diperolehi bila kita terlibat dengan akitiviti kokurikulum sangat
besar.

Faedah yang diperoleh apabila kita terlibat
Faedah yang diperolehi apabila kita terlibat
Faedah yang diperoleh bila kita terlibat
Faedah yang diperolehi bila kita terlibat

21. Penghulu kampung itu menerangkan kepada saya rumah di pinggir
kampung itu telah dimasuki pencuri malam semalam

rumah itu di pinggir kampung
bahawa rumah di pinggir kampung itu
bahawa di pinggir rumah kampung itu
rumah di pinggir kampung itu


Soalan 22 hingga Soalan 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22. Setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak terlepas daripada menghadapi
pahit manis kehidupan.

Pahit manis kehidupan tidak terlepas oleh setiap manusia di dunia ini.
Pahit manis hidup pasti ditempuhi dalam setiap kehidupan manusia di dunia ini.
Pahit manis hidup manusia di dunia dihadapi oleh semua manusia yang hidup.
Pahit manis kehidupan pasti dilalui oleh semua manusia yang hidup di dunia ini.

23. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita mestilah mempunyai
motivasi kendiri dan sentiasa bersikap positif.

Motivasi kendiri dan sikap yang positif adalah ciri-ciri pelajar yang cemerlang.
Motivasi kendiri dan sikap yang sentiasa positif adalah ciri-ciri pelajar yang ingin cemerlang.
Motivasi kendiri dan sikap positif menjadikan pelajar cemerlang.
Motivasi kendiri dan sikap yang positi mesti ada pada pelajar yang cemerlang

24. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk mendidik anak-
anak mereka bagi mengelakkan gejala sosial.

A. Gejala sosial akan dapat diatasi jika ibu bapa sentiasa mendidik anak-anak mereka.
B. Peranan ibu bapa amat penting dengan mendidik anak mereka bagi mengelakkan gejala sosial.
C. Masalah sosial akan dapat diatasi jika ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik anak mereka.
D. Ibu bapa haruslah mengelakkan anak mereka daripada melakukan gejala sosial.

Soalan 25 hingga Soalan 27

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

25. I . Remaja yang diberi kebebasan sepenuhnya oleh ibu bapa mereka sering
menyalahgunakan kebebasan itu.
II Para peniaga runcit dinasihati supaya menyimpan cukup barang
terutamanya pada musim-musim perayaan.
III Oleh sebab hari hujan saya tidak dapat pergi sekolah
IV Saya terus menendang bola itu ke tengah padang.


I sahaja
I dan II sahaja
I dan IV sahaja
I, II, III dan IV.

26. I. Kita semua perlu sepakat di dalam perkara ini.
II Perjanjian Ekonomi di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia telah
ditandatangani pada minggu lepas.
III Rita menghadiahi gurunya sejambak bunga pada ‘Hari Guru’ yang lalu.
IV Suasana di kampung contoh itu sungguh tenang sekali.

I dan II
I dan III
III sahaja
III dan IV sahaja

27. I Dia galak menukar keretanya setiap tahun
II Ayam hutan itu sangat galak dan sukar dijerat
III Ibu tiri Tina tidak galak sangat
IV Tawaran harga murah itu tidak galak perhatiannya

I dan II sahaja
I, II dan III sahaja
III dan IV sahaja
I,II,II dan IV


Soalan 28 hingga Soalan 30

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

28. Pak Mat merupakan seorang pengusaha kain songket. Dia dapat membezakan
kualiti hasil songket sama ada yang dihasilkan dengan tangan atau mesin kilang.
Pekerjaan Pak Mat boleh dikatakan.

seperti cincin dengan permata
seperti menatang minyak yang penuh
jauhari juga yang mengenal manikam
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

29 Peribahasa berikut berkaitan dengan sikap untuk sentiasa berusaha bagi
memperoleh kejayaan kecuali

A. belakang parang diasah lagikan tajam
B. sikit-sikit lama-lama jadi bukit
C. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
D. sehari selembar benang lama-lama menjadi kain



30 Jangan berebutkan tembikar pecah



Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah

Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya
Jangan campuri urusan orang lain
Sesuatu perkara yang tidak baik jangan dibiarkan sampai melampaui batas
Menyimpan rahsia yang lambat laun akan diketahui juga oleh oran


Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Dengan rasa terkilan dan hampa yang mengasak-asak dada, aku balik ke kelas. Kukira,waktu rehat nanti merupakan detik penentu. Ah, Geografi, Sains Paduan, Matematik dan lukisan: Alangkah lamanya kalian akan beredar untuk menyegerkakanku bertembung waktu rehat!
Loceng berdering sebaik saja aku tiba di kantin. Beberapa orang pelajar lelaki sudah berebut-rebut mahu mendahului sesama sendiri. Kukira, hanya kali ini saja peluang untukku menemui Tina. Minggu hadapan, sukan. Tambah sibuk lagi. Dan aku pun tentu tidak akan bertugas di kantin.
“Jangan berebut-rebut ya. Belajar bersabar. Kan sabar tu separuh daripada iman!”
“Macam saya kan bagus bang. Sabar.Berbaris pun di belakang sekali……”
“Wah masuk bakul angkat sendiri ya,” usikku.
Beberap orang sahabatnya ikut tersengih seperti dia. Aku juga. Tapi pandanganku tiba-tiba beralih tumpu.
Tina!
Di sebelah kumpulan pelajar perempuan, dia kelihatan terjengket-jengkit menjengah hidangan kuih yang dijual.
“Tina tak nampaklah, bang. Orang di depan tu tinggi. Macam mana Tina nak tengok,” suara Tina merengek, pada suatu ketika kami menonton pertunjukan silap mata di pinggir jalan.
“Dukunglah Tina ….,” rengeknya terus. Di luar sedarku, aku sudah menghampiri dia. Nampaknya dia menyedari kehadiranku. Dia memasamkan muka.
Tinaaa!
Abang rindu!
Kelihatannya dia semakin resah. Apabila kufikir sejenak, salahku juga. Membuatkan dia serba salah. Tapi biarkan dulu. Dia mahu membeli sesuatu.
Dalam pada dia duduk, kemudian hendak menjamah nasi lemak, aku duduk di hadapannya.
“Maaf. Sa…ya, saya minta maaf pada adik kalau mengganggu. Er… nama adik, Sutina? Entahlah kenapa soalan itu yang kuluahkan dalam tergagap-gagap begitu. Dia kelihatan mengerut dahinya.
“Jangan kacaulah. Saya nak makan,” balasnya tegas.

(Dipetik daripada cerpen Tina oleh Aminhad,
Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, Tingkatan 2 DBP)


31. Mengapakah “aku merasakan begitu lama untuk sampai waktu rehat?

kerana aku akan bertugas di kantin
kerana aku akan bertemu Tina
kerana aku telah membuat janji temu dengan Tina
kerana hari tersebut merupakan peluang terakhir untuk bertemu Tina

32. Apakah yang membuatkan “aku” berasa bersalah kepada Tina?

aku membuatkan Tina berasa tidak selesa disebabkan kehadiranku.
aku telah menghampiri Tina dan dia memasamkan muka.
aku telah mengganggu Tina untuk makan.
aku telah memanggil nama Tina.

33. Apakah teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam petikan tersebut.

Imbas muka
Kejutan
Imbas kembali
Hiperbola

34. Berikut merupakan perwatakan watak “aku” dalam petikan kecuali

Sentiasa menyayangi adiknya
Seorang yang bertangungjawab
Seorang yang tidak dapat menerima takdir
Seorang yang sentiasa menghormati orang lain

35. Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen Tina kecuali

Kasih sayang dalam sesebuah keluarga
Sikap tangungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Kegigihan untuk mencapai kejayaan.
Pengaruh rakan sebaya ketika membuat keputusan

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca syair di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidak ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.

Tenaga pemuda memang terbilang,
Tenaga yang sedang gilang-gemilang
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.

Tenaga pemuda tenaga bererti
Tenaga yang berani menempah mati,
Tidak mengenal erti nanti,
Hanya penuh kemahuan mesti

Tenaga pemuda mestilah sayang,
Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu tenaga kencang
Berani sampai berputih tulang.

Tenaga pemuda kalau dijaga,
Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan negara.


(Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta,
Tingkatan 3, DBP)



36. Berikut merupakan keistimewaan tenaga pemuda kecuali

Berani menentang musuh
Merupakan golongan yang sentiasa patuh kepada arahan ketua.
Golongan yang tidak suka bertangguh dalam melaksanakan tugas
Merupakan golongan yang kuat dan dapat melaksanakan tugas yang sukar


37. Mengapakah tenaga pemuda jangan dibiarkan lemah dan goyang.

kerana waktu muda mereka mempunyai tenaga yang banyak dan berani berkorban jiwa dan raga.
kerana waktu muda mereka bersemangat kental dan tidak takut mati.
Kerana waktu muda mereka sentiasa kuat dan dapat melaksanakan tugas yang berat dan sukar
Kerana waktu muda mereka berani mempertahankan kedaulatan negara.

38. Beban yang berat dapat dijulang
Beban yang yang jauh dapat dijelang


Unsur gaya bahasa yang terdapat pada perkatan yang bergaris di atas ialah

Responsi
Personifikasi
Anafora
Epifora

39. Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam syair tersebut kecuali

Berani
Bersemangat patriotik
Rajin
Menghargai masa

40. Apakah tema syair tersebut

Tangungjawab dan peranan pemuda kepada masyarakat dan negara
Kekuatan dan kelemahan tenaga pemuda dalam sesebuah negara
Peranan pemuda pada masa akan datang
Keberanian pemuda terhadap musuh negara.




KERTAS SOALAN TAMAT