Thursday, May 26, 2011

Soalan & Jawapan - BM Kertas 1 PMR (Daerah Segamat)

PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEGAMAT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN TIGA
2010

BAHASA MELAYU
KERTAS 1
Satu jam

Soalan 1 – 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

1 “Tunas ini diambil _________bahagian batangnya,” kata pegawai pertanian itu.

A. di
B. dari
C. pada
D. daripada

2 _________ Majlis Hari Kecemerlangan Murid telah melakukan beberapa kesilapan ketika menyebut nama-nama pemenang.

A. Juruacara
B. Juruulas
C. Juruhebah
D. Jurubahasa

3 Cikgu Zawiyah _______bilangan pelajar yang akan menyertai rombongan ke Cameron Highlands setakat empat puluh orang sahaja.

A. mengira
B. mengehadkan
C. menghadkan
D. menganggar

4 Semenjak demam, bayi itu asyik _______dan tidak mahu berenggang dengan ibunya.

A. meratap
B. merungut
C. meracau
D. merengek

5 Jadual kegiatan yang ketat dan ______ telah menyebabkan pekerja kilang itu terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan mereka.

A. padat
B. santak
C. suntuk
D. sendat

6 Usaha-usaha untuk menarik kereta yang terhumban ke dalam itu gaung itu menemui ________kerana jurang sangat dalam.

A. jalan mati
B. jalan buntu
C. jalan belakang
D. jalan pintas

7 Orang ramai yang tinggal di sekitar Bandar Segamat_______ke pejabat kami untuk mendapatkan borang membeli rumah murah.

A. berarak-arak
B. berpusu-pusu
C. berasak-asak
D. bertalu-talu

Soalan 8 - 14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, C. dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D

Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Setelah termenung sejenak, murid itu menggoyangkan kepalanya apabila guru
A
mengajukan soalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi.
B C
Tiada kesalahan
D

9 Jika sistem penjualan melalui internet berkembang pesat mungkin pada masa
A B
akan datang kita tidak perlu keluar daripada rumah untuk membeli-belah.
C
Tiada kesalahan
D

10 Jika dinilai dari sudut positif, penubuhan jawatankuasa disiplin itu dapat
A
meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemimpin tentang tanggungjawab
B
mereka terhadap kebajikan rakyat. Tiada kesalahan
C D

11 Pelajar yang cergas dalam pelajaran mampu berjaya dengan gemilang pada
A B C
masa hadapan. Tiada kesalahan
D

12 Mangsa kemalangan itu ditenangkan oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan
A
diberikan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital. Tiada kesalahan
B C D

13 Meskipun harga perabot yang dibeli oleh Puan Salmah amat mahal, malah
A B
beliau tetap berpuas hati kerana masih elok setelah digunakan bertahun-tahun
C
Tiada kesalahan
D

14 Salim terjumpa sebuah dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu
A
melaporkan tentang perkara itu di balai polis. Tiada kesalahan
B C D


Soalan 15 -17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Penduduk kampung telah menemukan bekas tapak kaki harimau di kebun
getah mereka.
II Bekas wakil rakyat kawasan itu telah meninggal dunia malam tadi.
III Orang tua itu menyusun beberapa bekas kayu api di belakang rumahnya.
IV Suraya mengisi bekalan ke tempat kerja di dalam bekas plastik berwarna
putih.

A. I,II,dan III sahaja
B. I,II,dan IV sahaja
C. I,III, dan IV sahaja
D. II,III,dan IV sahaja

16 I Kami sekeluarga akan pulang ke kampung jika ada kesempatan.
II “Gunakanlah kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya, “kata penceramah
kepada para peserta kursus.
III Sabri telah membuang majalah-majalah lama di biliknya kerana tiada
kesempatan ruang.
IV Asap yang tebal menyebabkan mangsa kebakaran itu kesempatan udara dan
sukar untuk bernafas.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II dan IV sahaja

17 I Perahu nelayan yang tertambat pada sebatang tiang itu terolang-aling dipukul
ombak.
II Dia tetap akan meneruskan cita-citanya walaupun tertambat oleh kemiskinan
keluarga.
III Hati pelancong itu tertambat oleh keindahan pulau-pulau di Malaysia
IV Lembu yang tertambat di pokok itu kepunyaan Wak Lan.

A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja


Soalan 18 - 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Pencapaian banyak ahli-ahli sukan negara merosot setelah mereka berjaya dalam
sesuatu kejohanan besar.

A. banyak ahli sukan ahli sukan negara
B. banyak ahli sukan negara
C. banyak ahli-ahli sukan-sukan negara
D. banyak ahli-ahli sukan negara

19 Dia mengalami kesusahan yang teramat sangat setelah mengalami lumpuh seluruh
anggota badan.

A. susah yang sangat
B. kesusahan yang amat tersangat
C. susah yang tersangat
D. kesusahan yang teramat sangat

20 Murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum akan diberi biasiswa
untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

A. di dalam bidang akademik dan kokurikulum
B. di bidang akademik dan kokurikulum
C. pada bidang akademik dan kokurikulum
D. dalam bidang akademik dan kokurikulum

21 Pelancong itu bertanyakan kepada saya jalan ke Menara Kuala Lumpur.

A. bertanya saya
B. tertanya-tanya kepada saya
C. bertanya kepada saya
D. bertanyakan kepada saya

Soalan 22 - 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22 “Tukar pakaian kamu dan berbaris di padang dalam masa sepuluh minit, “kata
Cikgu Sahar kepada murid-muridnya.

A. Dalam masa sepuluh minit, murid-murid perlu menukar pakaian dan berbaris di
padang.
B. Murid-murid diarahkan oleh Cikgu Sahar agar menukarkan pakaian dan
berbaris di padang dalam masa sepuluh minit.
C. Cikgu Sahar mengarahkan murid-muridnya agar berbaris di padang untuk
menukar pakaian dalam masa sepuluh minit.
D. Cikgu Sahar memberikan masa selama sepuluh minit kepada murid-muridnya
untuk bertukar pakaian dan berbaris di padang.


23 Kerajaan memberi tempoh selama dua bulan kepada pendatang tanpa izin
untuk keluar dari Malaysia tanpa sebarang tindakan undang-undang.


A. Kerajaan tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang-undang kepada
pendatang tanpa izin yang keluar dari Malaysia dalam tempoh dua bulan.
B. Sebarang tindakan undang-undang tidak akan dikenakan kepada pendatang
tanpa izin yang keluar dari Malaysia selama dua bulan.
C. Pendatang tanpa izin harus memanfaatkan tempoh dua bulan yang diberikan
oleh kerajaan Malaysia untuk keluar dari negara ini.
D. Sekiranya tidak mahu dikenakan sebarang tindakan undang-undang, pendatang
tanpa izin yang berada di Malaysia harus segera keluar dari negara ini.

24 Pengetua itu menasihati pelajar-pelajarnya agar bersungguh-sungguh supaya
dapat menjadi cendekiawan yang berguna kepada bangsa dan negara.

A. Untuk menjadi bangsa yang berguna kepada negara pelajar-pelajar perlu
menjadi cendekiawan dengan belajar bersungguh-sungguh sebagaimana amanat pengetua.
B. Pelajar-pelajar dinasihati oleh pengetua supaya belajar dengan tekun untuk
menjadi cendekiawan yang dapat berkhidmat kepada bangsa dan negara.
C. Pelajar-pelajar dinasihati pengetua agar belajar bersungguh-sungguh untuk
menjadi bijak pandai yang ingin berkhidmat kepada bangssa dan negara.
D. Demi bangsa dan negara maka pelajar-pelajar digesa oleh pengetua untuk
menjadi cendekiawan yang belajar dengan bersungguh-sungguh.

Soalan 25 - 27

Pilih ayat-ayat yang betul

25 I Anak sulung Pak Ali diperisterikan dengan gadis sekampungnya.
II Banyak perbezaan antara Ramli dan Razali walaupun mereka kembar.
III Kami sekeluarga akan melancong ke Pulau Pinang dan Kedah pada cuti ini.
IV Saya sama sekali tidak pernah mencacinya, justeru memuji sikap baiknya terhadap
saya.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. IIIdan IV sahaja
D. I dan IV sahaja

26 I Penjenayah itu telah dijatuhi hukuman yang berat oleh hakim
II Tragedi tsunami telah mengorbankan ramai nyawa.
III Hotel bertaraf lima bintang itu menawarkan pakej yang amat menarik kepada para
pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia
IV Kepulangan abang disambut dengan tangisan gembira oleh kami sekeluarga.

A. I, dan II sahaja
B. I, dan III sahaja
C. II, dan III sahaja
D. III, dan IV sahaja

27 I Air sirap yang dibuat kakak terlalu manis kerana terlebih gula.
II Ibu dan ayah merenjis air mawar kepada pasangan pengantin di atas pelamin.
III Hajar sedang tawar-menawar harga tudung yang hendak dibelinya di pasar malam.
IV Syarikat telekomunikasi itu akan memberikan rebat sebanyak 15% kepada para
penggunanya.

A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja



Soalan 28 hingga Soalan 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

28 “Zakuan, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati
agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung,”kata Encik kepada anaknya.
Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa…

A. menangguk di air keruh
B. sebelum ajal berpantang mati
C. sudah terantuk baru terngadah
D. menarik rambut di dalam tepung

29 Keamanan negara yang kita kecapi hari ini ialah hasil sumbangan anggota-anggota
keselamatan tanah air yang tidak pernah takut berkorban di medan perang dalam
memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan tanah ibunda yang tercinta.
Bagi mereka

A. alang-alang berdakwat biar hitam
B. biar putih tulang jangan putih mata
C. biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
D. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

30 Peribahasa “belum duduk sudah belunjur”bermaksud

A. membuat sesuatu kerja yang sepatutnya sebelum sampai masanya lagi
B. melakukan sesuatu perkara sebelum diarahkan untuk mengerjakannya
C. membuat kerja sambil lewa dan mengambil masa terlalu lama
D. menyiapkan sesuatu kerja secara tergopoh-gapah dan tidak sedar

Soalan 31 hingga 35

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sebuah kandang agak besar menarik perhatian Mun. Dengan langkah penuh waspada, Mun menghampir kandang itu. Berhati-hati.
Hoi!
Seekor kucing berbulu lebat mengintai dari celah-celah jejaring besi. Mun terpegun seketika. Seumur hidup Mun, inilah kali pertama Mun melihat kucing secantik itu. Bulunya panjang, lebat, dan terurus rapi. Matanya bulat bersinar berwarna jingga. Tubuhnya besar dan gemuk. Berbeza benar dengan tubuh Mun yang kurus dan kotor.
-Siapa kau?
-Namaku Amades Gonzales Johnhem. Tapi tuan aku panggil aku Jonny sahaja. Kau siapa?
-Aku Mun.
Tiba-tiba Johny meledakkan ketawa besar. Nyaring. Mun terpinga-pInga kehairanan.
-Kenapa kau ketawa?
Jonny terkekeh-kekeh memegang perut, menghabiskan sisa tawanya.
-Nama kau tu, buruk betul!
Mun berasa geram mendengar kata-kata Jonny yang berupa penghinaan itu. Pantang bagi Mun namanya dipersenda-sendakan.
-Kau jangan ketawakan aku! Apa nama kau tu bagus sangatkah?
Mun marah-marah. Jonny hanya tersenyum sinis menambahkan lagi sakit hati Mun. Mun marah-marah. Jonny hanya tersenyum sinis menambahkan lagi sakit hati Mun.
-Eh, tentulah ! Aku ini kucing Parsi daripada baka terbaik. Ibu bapaku dulu adalah juara dalam pertandingan anjuran Persatuan Pencinta Kucing Malaysia. Buluku panjang dan lebat, memang berpadanan sekali dengan namaku yang lebat. Tuan aku pun amat sayang kepadaku.
Jonny mencebik, penuh kebanggaan.
Mun terlongo. Perasaan marah dan kagum saling berbaur. Terasa betapa kerdilnya diri mun berbanding Jonny. Mun hidup serba kekurangan. Jonny pula disaluti kemewahan. Alangkah bertuahnya Jonny! Hati Mun berbicara sendiri.

(Dipetik daripada cerpen “Pertemuan”
oleh Faizati Mohd Ali, antologi Anak Bumi Tercinta,
Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 75 dan 76)

31 Mun berasa terpegun kerana dia melihat

A. bulu kucing yang panjang
B. kucing yang sangat cantik
C. jejaring kandang yang kukuh
D. sebuah kandang yang begitu besar

32 Berdasarkan petikan, perkataan disaluti kemewahan sesuai digantikan
dengan

A. dilimpahi kekayaan
B. dilimpahi kepuasan
C. diselubungi kebahagiaan
D. diselubungi keselesaan

33 Perlakuan Jonny yang menghina Mun menunjukkan Jonny

A. tidak suka berkawan
B. suka membangga diri
C. mementingkan diri sendiri
D. gemar bertindak mengikut perasaan.

34 Nyatakan teknik yang digunakan dalam petikan.

A. Dialog
B. Monolog
C. Imbas kembali
D. Monolog dalaman

35 Pernyataan yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen
“Pertemuan”, kecuali

A. Sikap manusia yang tidak bertimbang rasa.
B. Ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup.
C. Rasa kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.
D. Haiwan yang menimbulkan masalah kepada manusia.


SYAIR MUNGKIR JANJI
Tuan berjanji berpegang tangan,
Mengaku bersama menyingsing lengan,
Tidak peduli tegah dan jangan,
Umpama sungai tiada berhalangan.
Tetapi akhirnya apalah sudah,
Beberapa lama tangan menadah,
Rupanya tuan meluahkan ludah,
Umpama biawak bercabang lidah
Tidakkah ingat tuan berkata,
Mahu bersama hina dan leta,
Daripada hidup berputih mata,
Biarlah tulang tercampak ke kota.
Tidak kusangka tuan tak ingat,
Umpama lebah membuang sengat,
Bila terasa api yang hangat,
Lekas benar tuan merengat.
Kalau begitu aku berpesan,
Riwayat kita hapuskan kesan,
Supaya tidak berhati bosan,
Hilang segala resah dan resan.
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, DBP)


36 Berdasarkan rangkap pertama syair, apakah janji yang termeterai antara penyair
dengan sahabatnya?

A. Tidak mempersoalkan kesusahan hidup yang dihadapi
B. Sentiasa bersama walau di mana-mana sahaja mereka berada
C. Setiap susah dan senang dalam kehidupan diharungi bersama-sama
D. Tidak membiarkan perasaan resah dan gelisah daripada mengganggu kehidupan mereka

Bila terasa api yang hangat
Lekas benar tuan merengat
37 Kedua-dua baris dalam rangkap ke-4 syair menjelaskan sikap seseorang yang…

A. mudah hilang tumpuan dalam pekerjaan yang dilakukan.
B. tidak sanggup menghadapi cabaran.
C. tidak mementingkan persahabatan.
D. mudah menyalahkan orang lain.


38 “Umpama biawak bercabang lidah” memaparkan penggunaan gaya bahasa

A metafora
B paradoks.
C simile
D anafora


39 Yang berikut ialah pengajaran yang terdapat dalam Syaur Mungkir Janji kecuali

A. pilihan kawan yang dapat member kesenangan dalam hidup
B. kita perlu sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup
C. setiap janji yang kita buat hendaklah ditunaikan.
D. kita hendaklah berhati-hati apabila memilih kawan.

40 Apakah tema "Syair Mungkir Janji"?
A Perasaan kecewa akibat ditinggalkan kekasih
B Penghinaan terhadap seorang wanita
C Perbuatan mungkir janji merupakan amalan yang buruk
D Sikap mementingkan diri menyusahkan kehidupan


KERTAS SOALAN TAMAT


BAHASA MELAYU KERTAS 1 – PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN - PMR
JAWAPAN KERTAS 1

1. D 11. A 21. C 31. B
2. A 12. D 22. B 32. A
3. B 13. B 23. A 33. B
4. D 14. B 24. B 34. D
5. A 15. C 25. D 35. D
6. B 16. A 26. B 36. C
7. C 17. C 27. C 37. B
8. A 18. B 28. D 38. C
9. C 19. C 29. B 39. A
10. D 20. D 30. A 40. C

Soalan Kertas 2 BM Setengah Tahun PMR (Daerah Segamat)

PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEGAMAT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN TIGA
2010

BAHASA MELAYU
KERTAS 2
Dua jam

Bahagian A(i)
[20 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum rakyat Malaysia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Kepelbagaian ini telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang unik. Perpaduan kaum merupakan kunci pembangunan dan kemajuan bagi sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Apabila wujudnya perpaduan kaum, nescaya segala yang direncanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi, taraf hidup, pembangunan, dan kemajuan negara dapat dicapai. Perdana Menteri mahu anak-anak kita dididik akan pentingnya perpaduan kaum menerusi kerjasama, muafakat, dan toleransi. Oleh itu sesuatu yang perlu dilakukan pada peringkat sekolah untuk menyemai nilai jati diri ke arah perpaduan membabitkan semua bangsa.

Niat kerajaan apabila mewujudkan sekolah kebangsaan atau sekolah wawasan selama ini adalah untuk memperkukuh persefahaman jitu antara pelajar pelbagai kaum dan fahaman agama. Secara umumnya perpaduan kaum dapat diwujudkan dengan membentuk persefahaman antara kaum. Sejarah membuktikan, prasangka kaum bumiputera terhadap kaum lain juga amat tinggi. Aktiviti-aktiviti sosial dalam masyarakat seperti gotong-royong, kempen-kempen, dan sebagainya mampu menarik lebih banyak penyertaan dari pelbagai kaum merupakan usaha untuk memperteguh perpaduan kaum.

Di samping itu, dialog antara kaum dapat menyelesaikan banyak masalah yang timbul dalam kaum masing-masing dengan efektif dan kolektif. Bak kata pepatah, “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Usaha membentuk dan mengekalkan perpaduan kaum tidak harus berhenti di situ sahaja. Pelbagai cara dan pendekatan yang lebih baik perlu difikirkan oleh semua rakyat Malaysia. Selain itu, kerajaan boleh mewujudkan satu organisasi belia antara kaum yang ditaja kerajaan.

Pada waktu yang sama, kita mengharapkan semua pemimpin politik jangan sesekali membangkitkan isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum. Sesungguhnya, kebahagiaan yang kita kecapi sekarang ini mungkin sudah tiada pada masa hadapan disebabkan perpecahan antara kaum. Hal inilah yang digeruni oleh pemimpin-pemimpin dahulu sewaktu menuntut kemerdekaan negara 1957.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana pengarang
“Memastikan Perpaduan Kaum Terus Kekal”, dalam Berita Harian, 11 Mac 2009)

Bahagian A(ii): Pemahaman
[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud segala yang direncanakan yang terdapat dalam petikan.
[2 markah]

2. Nyatakan dua faedah apabila wujudnya perpaduan kaum.
[4 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sekiranya tiada perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita?
[4 markah]

Bahagian B
( 20 markah )
Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara berbelanja dengan bijak.. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengguna Bijak

Rancang perbelanjaan
Beli barang yang perlu sahaja
Senaraikan barang keperluan


Bahagian C
(40 Markah)

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Anda telah berpeluang mengikuti program Kursus Kepimpinan Pelajar anjuran pihak sekolah.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh daripada program tersebut?

2. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.
Bincangkan.

3. Sahabat karib anda di luar negara ingin mengetahui tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.
Tulis sepucuk surat dengan selengkapnya.

4. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar kian berleluasa.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya gejala ini.

5. Peribahasa “ Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebung ” sering menjadi pedoman kepada ibu bapa supaya mendidik seseorang anak itu ketika dia masih muda, kerana kalau sudah besar tiada akan berhasil lagi.

Tulislah sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini.


Bahagian D
( 10 markah )
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau di Tingkatan 3.

Nilai Kemanusiaan
Tolong-menolong
Kasih Sayang
Keberanian

NOVEL TINGKATAN 2

TIMULAK KAPAL PERANG
Karya Azmah Nordin
PAHLAWAN PASIR SALAK
Karya Mohd Ismail Sarbini
TRAGEDI EMPAT DISEMBER
Karya Dzul Karnain Ithnin
KAPTEN HASSAN WIRA BANGSA
Karya Harun Johari

NOVEL TINGKATAN 3

EKSPEDISI
Karya Mohd Ghazali Tocheh
PANAS SALJU
Karya Talib Samad
KANANG : CERITA SEORANG PAHLAWAN
Karya Maznan Nordin
MERDEKA! MERDEKA !
Karya A. Rahman Hanafiah

Huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai kemanusiaan yang dinyatakan berdasarkan novel yang telah anda kaji

KERTAS SOALAN TAMAT

Jawapan Kertas 2 BM Setengah Tahun PMR (Daerah Segamat)

PERATURAN PEMARKAHAN
BAHAGIAN A (i) : Ringkasan ( 20 markah )
Markah Isi 10 markah ( sekurang-kurangnya 5 isi lengkap)
Markah Bahasa 10 markah
Cadangan Cara Penandaan dan Pemberian Markah
1. Tandakan ( √ ) apabila terjumpa isi.
2. Baca setakat 80 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.
3. Buat garisan panjang selepas 80 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
4. Jika calon menulis dalam bentuk perenggan, periksa seperti biasa.
5. Jika calon menulis dalam bentuk catatan (poin), berikan markah penuh untuk isi tetapi markah maksimum bagi bahasa ialah 8m.
6. Jika semua isi disalin secara terpilih daripada petikan tanpa membuat apa-apa perubahan, markah isi seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 5m.
7. Jika calon menyalin isi secara terpilih dan buat dalam bentuk catatan (poin), markah untuk isi adalah seperti biasa tetapi markah m,aksimum untuk bahasa ialah 4 m.
8. Jika calon menyalin terus daripada petikan, markah isi ditolak 50% dan markah maksimum bahasa ialah 2m. ( buat catatan - menyalin petikan )
9. Buat penandaan seperti menanda karangan tetapi tiada pemotongan markah untuk kesalahan ejaan.
10. Maksud Menyalin Terus daripada Petikan :
a. Calon menyalin keseluruhan daripada mana-mana perenggan ATAU
b. Calon menyalin keseluruhan petikan yang diberikan.
11. Cara menulis markah :

a. I – 10 c. I - 10
B – 10 B - 05*
20 15
* calon menyalin isi secara terpilih

b. I – 09* d. I – 8 tolak 50% - 04
B – 08 B - - 02
17 06
*mungkin ada isi yang tidak lengkap * menyalin petikan

Perincian Pemarkahan Aspek Bahasa
Markah Bahasa - 10 markah
a. Bahasa dinilai secara tanggapan ( impression )
b. Pemeriksa dikehendaki menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan karangan.
c. Peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah :

Peringkat Markah Deskripsi
Cemerlang 09 – 10 Bahasa baik dan lancar
Berupaya menggunakan ayat sendiri
- pemilihan kata tepat
- ayat gramatis
- penanda wacana sesuai
Ejaan dan tanda bacaan betul
Baik 06 – 08 Bahasa baik dan lancar
Masih berupaya menggunakan ayat sendiri
- pemilihan kata agak tepat
- ayat masih gramatis
- penanda wacana masih sesuai
Kesalahan sejaan dan tanda bacaan minimum
Memuaskan 03 – 05 Bahasa kurang lancar
Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca
ATAU
Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih.
Penguasaan Minimum 01 - 02 Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaaan bahasa yang lemah.
Menyalin secara terus daripada petikan.


Isi-Isi Ringkasan
1. Sekolah untuk menyemai nilai jati diri ke arah perpaduan membabitkan semua bangsa
(2m)
2. Memperkukuh persefahaman jitu antara pelajar pelbagai. (2m)
3. Membentuk persefahaman antara kaum. (2m)
4. Aktiviti sosial dalam masyarakat (2m)
5. Dialog antara kaum dapat menyelesaikan banyak masalah yang timbul
6. Kerajaan mewujudkan organisasi belia antara kaum (2m)
7. Pemimpin politik jangan membangkitkan isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum. (2 m)
(Pilih 5 isi penting sahaja) Isi = 10 markah
Markah Bahasa = 10 markah
Bahagian A ( ii ) - Soalan Pemahaman
Soalan 1 : Maksud kata / rangkai kata ( 2 markah )
MARKAH DESKRIPSI
2 markah - Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis
1 markah - maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap
- hanya memberi sebahagian daripada maksud rangkai kata dan ayat gramatis
0 markah - maksud tidak tepat mengikut konteks

Soalan 2 : Soalan Pemahaman ( 4 markah )
MARKAH DESKRIPSI
4 markah - isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
3 markah - isi cukup serta lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 markah - isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah - isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis
0 markah - isi tidak mengikut tugasan

Soalan 3 : Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir ( 4 markah )
MARKAH DESKRIPSI
4 markah - isi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis
3 markah - isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 markah - isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah - isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis
0 markah - isi tidak tepat

Bahagian A (ii) Pemahaman [10markah]
1) Maksud segala yang direncanakan – semua yang dirancangkan/dirangkakan/diprogramkan/dipelankan [2markah]

2) Dua faedah apabila wujudnya perpaduan kaum
…perpaduan kaum merupakan kunci pembangunan dan kemajuan bagi sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
…wujudnya perpaduan kaum, nescaya segala yang direncanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi, taraf hidup, pembangunan, dan kemajuan negara dapat dicapai.

[4markah]
3) Pendapat saya…
…negara aman dan harmoni
…negara dapat dibangunkan
…ekonomi negara berkembang

[4markah]
[Jawapan lain yang sesuai diterima]






BAHAGIAN B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan ( 20 markah )

a. Baca dan periksa setakad 120 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.

b. Calon yang menulis melebihi 120 patah perkataan, jika didapati isi yang dikemukakan relevan , pengolahan menarik dan memperlihatkan penguasaan bahasa yang baik (peringkat cemerlang)

Kriteria Penskoran
Peringkat Markah Deskripsi
Cemerlang 16 – 20

( 18 – 20 )
( 16 – 17 ) - ayat yang gramatis
- kata dan kosa kata luas dan tepat
- kesalahan kata yang minimum
- ejaan masih gramatis dan tanda baca yang betul
- idea relevan berdasarkan tugasan
- huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang.
- Pengolahan menarik dan berkesan.
Baik 11 – 15

( 13 – 15 )

( 11 – 12 ) - ayat masih gramatis
- kata masih gramatis dan kosa kata tepat
- kesalahan penggunaan kata yang minimum
- kesalahan ejaan dan tanda bacaan yang minimum
- idea masih relevan berdasarkan tugasan
- huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan.
- Pengolahan masih menarik .
Memuaskan 06 – 10

( 08 – 10 )
( 06 – 07 ) - ayat kurang gramatis
- kata dan kosa kata yang terhad
- kesalahan penggunaan kata yang ketara
- kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- idea relevan berdasarkan tugasan
- huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan yang terhad.
- Pengolahan menarik .
Penguasaan
Minimum 01- 05 - keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap.
- Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.


Langkah-langkah Memeriksa
1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Perkara yang perlu diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevanan idea dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan peringkat karangan tersebut berdasarkan kriteria penskoran yang disediakan.

2. Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk pertimbangan yang muktamad. Sambil membaca itu tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi/fakta seperti yang berikut :

----------------- kesalahan bahasa, perkataan, dan frasa
/ kesalahan ejaan
/ kesalahan ejaan berulang
0 kesalahan tanda bacaan
( ) kesalahan fakta
3. Baca setakad 120 patah perkataan atau sehingga ayat berakhir. Buat garisan panjang melintang dan catatkan “melebihi 120 patah perkataan”
4. Tiada pemotongan markah jika calon menulis lebih / kurang 120 patah perkataan.
5. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan.

Isi Cadangan
a. Rancang perbelanjaan
b. Senaraikan barang keperluan
c. Buat perbandingan harha
d. Beli barang yang perlu sahaja

Jawapan lain yang sesuai diterima






Bahagian C : Karangan Respon Terbuka ( 40 markah )


PERINGKAT
MARKAH

Cemerlang
33 – 40

Kepujian
25 – 32

Baik
17 – 24

Memuaskan
09 – 16

Penguasan Minimum
01 - 08

Kriteria Menilai Kemahiran Menulis

ASPEK

KRITERIA

Bahasa
- kegramatisan kata dan ayat
- ejaan dan tanda bacaan betul
- kosa kata luas dan tepat

Idea
- isi-isi sesuai
- huraian isi jelas
- contoh yang sesuai

Pengolahan
- pengolahan menarik dan berkesan
- pemerenggan yang sesuai
- format menepati tugasan
- unsur keindahan bahasa ( pantun dan peribahasa )

Kriteria Penskoran

PERINGKAT

MARKAH
KRITERIA

Cemerlang
33 – 40

( 37 - 40 )

( 33 - 36 )
- penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
- penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- penggunaan penanda wacana yang betul
- Ejaan dan tanda bacaan betul
- Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat
- Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh-contoh yang sesuai
- Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati tugasan
- Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik


Kepujian
25 – 32

( 29 – 32 )

( 25 – 28 )
- penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
- penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- penggunaan penanda wacana yang sesuai
- Ejaan dan tanda bacaan betul
- penggunaan penanda wacana yang betul
- Penggunaan kosa kata luas
- Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh-contoh yang sesuai
- Pengolahan menarik dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati tugasan
- Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik
-

Baik
17 – 24

( 21 – 24 )

( 17 – 20 )
- penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai
- penggunaan pelbagai ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- penggunaan penanda wacana yang masih sesuai
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda bacaan yang minimum
- Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
- Idea yang relevan dengan huraian masih jelas
- Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan yang sesuai dan format yang masih sesuai mengikut tugasan


Memuaskan
09 – 16

( 13 – 16 )

( 09 – 12 )


- penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad
- penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- penggunaan penanda wacana yang kurang tepat
- terdapat kesalahan ejaan dan tanda bacaan yang ketara
- Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas
- Pengolahan kurang menarik dengan pemerengganan yang kurang sesuai dan format yang kurang tepat / format bercampur aduk


Penguasaan
Minimum
01 – 08

( 05 – 08 )
( 01 – 04 )

- keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap.


Langkah-langkah Memeriksa

1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Perkara yang perlu diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevanan idea dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan peringkat karangan tersebut berdasarkan kriteria penskoran yang disediakan.
2. Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk pertimbangan yang muktamad. Sambil membaca itu tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi/fakta seperti yang berikut :

----------------- kesalahan bahasa, perkataan, dan frasa
/ kesalahan ejaan
// kesalahan ejaan berulang
o kesalahan tanda bacaan
( ) kesalahan fakta

3. Pemotongan markah untuk ejaan yang salah

a. ½ markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah.
b. Pemotongan keseluruhan tidak melebihi 2 markah
c. Kesalahan ejaan yang berulang tidak perlu diambil kira.
d. Ejaan hendaklah mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu.
Tulisan jawi hendaklah dibaca seperti biasa.

Isi-Isi Cadangan
Soalan 1
Faedah-faedah yang diperoleh daripada program Kursus Kepimpinan Pelajar
a. Membina keyakinan diri
b. Meningkatkan motivasi untuk melaksanakan tugas
c. Mengenal kekuatan dan kelemahan diri
d. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
e. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
f. Membina semangat kerja berpasukan
g. Mengeratkan silaturahim
- Isi-isi lain yang relevan - diterima

- Semua program Kursus Kepimpinan Pelajar seperti Kursus Kepimpinan Pengawas, Kursus Kepimpinan Unit Kokurikulum, Kursus Kepimpinan Ketua Tingkatan dan sebagainya yang berkaitan dengan kepimpinan pelajar – diterima
Soalan 2
a. Sebab keluarga memainkan peranan yang penting

- Keluarga ialah orang yan paling rapat dengan anak-anak.
- Keluarga bertanggungjawab membesarkan dan mendidik anak-anak sejak dari kecil
- Masa anak-anak bersama keluarga lebih panjang.


b. Peranan Keluarga

- Menyemai amalan pemakanan yang seimbang
- Menyemai tabiat menjaga kebersihan
- Mendidik anak-anak menguruskan masa lapang dengan aktivti yang bermanfaat
- Menjadi suri teladan / role model
- Menggalakkan aktiviti bersukan

- Isi-isi lain yang relevan - diterima
Soalan 3
a. Format : Surat Kiriman Tidak Rasmi
b. Jika format tidak lengkap – impression turun sedikit ( 1 – 3 markah )
c. Jika bukan format surat kiriman tidak rasmi – maksimum peringkat kepujian
d. Tempat-tempat menarik di Malaysia termasuklah pusat-pusat peranginan tanah tinggi, pulau-pulau, pantai, taman-taman negara, bandar-bandar bersejarah, muzium, bangunan-bangunan dan sebagainya.
Soalan 4
Punca-Punca Gejala Ponteng Sekolah
a. Sikap pelajar sendiri – tiada minat belajar, tiada matlamat
b. Faktor keluarga
c. Faktor Rakan Sebaya
d. Kurang didikan agama
e. Faktor Sekolah
f. Faktor Masyarakat

- Isi-isi lain yang relevan – diterima
Soalan 5
Calon boleh menjawab sama ada dalam bentuk
a. Cerita
b. Huraian / ulasan / pemerian

BAHAGIAN D : Pemhaman Novel
( 10 markah )
Pembahagian Markah
PERINCIAN MARKAH
Isi 6 markah
Bahasa 4 markah


Kriteria Markah Bahasa
Peringkat Markah Kriteria
Cemerlang 04 - Bahasa baik dan lancar
- Ayat gramatis
- Ejaan dan tanda baca yang betul
Baik 02 – 03 - Bahasa masih baik dan masih lancar
- Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Memuaskan 01 - Bahasa tidak cekap
- Ayat tidak gramatis
- Kesalahaan ejaan dan tanda baca yang ketara

Markah Isi
1. Maksimum : 3 isi
2. Isi dihuraikan dengan jelas : 2 markah
3. Isi tidak dihurai dengan jelas : 1 markah
Cara penandaan
1. Tandakan ( ) jika terjumpa isi yang betul.
2. Kurungkan jawapan calon dengan tanda ( ) jika isi yang dikemukakan salah.


Cara Menulis Markah
a. I - 06
B - 04
10

b. I - 04
B - 02 * jawapan calon dalam bentuk poin ATAU bahasa kurang gramatis
06

c. I - 00 * tidak menjawab tugasan soalan
B - 02
02

Perhatian
1. Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang telah dipelajari sama ada novel di Tingkatan 2 atau novel di Tingkatan 3
2. Jika calon menjawab berdasarkan kedua-dua novel, markah dikira bagi jawapan novel yang terbaik.
3. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah.
4. Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)
5. Markah maksimum 10 markah.

SKEMA JAWAPAN
Novel Tingkatan 2 : Tragedi Empat Disember
BIL NILAI KEMANUSIAAN CONTOH PERISTIWA
1 Kasih Sayang - Kasih sayang DSP Yazid terhadap abangnya dapat dilihat apabila beliau sentiasa mengambil berat terhadap anak saudaranya Kamarul Azam dan kakak iparnya.
- Kasih sayang Puan Katijah terhadap suaminya En. Razali jelas tergambar apabila berasa resah dan berdoa kepada Tuahan sebaik sahaja mendapat maklumat daripada DSP Yazid tentang rampasan kapal terbang yang dinaiki oleh suaminya.
- Air mata Pn. Katijah mengalir mellihat perlakuan DSP Yazid seolah-olah membenarkan berita terhempasnya pesawat HM 356 yang dinaiki oleh suaminya En. Razali
2 Tolong Menolong - Kamarul Azam dan rakan-rakannya bersama-sama mendirikan khemah, menyediakan makanan dan menjaga keselamatan ketika berkhemah di Tanjung Pangku.
- Pak Widodo dan isterinya Ibu Tini serta anaknya Antik telah menolong Kamarul Azam dan Razi yang terdampar di Pulau Rangsang.
3 Keberanian - Kamarul Azam dan rakan-rakannya sanggup menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalani perkhemahan Ujian Kelas Pertama pasukan pengakap dan pandu puteri di Tanjong Pangku.
- Kamarul Azam dan Razi berani menyusur tali air pada waktu malam untuk mendaatkan kebenaran dan tandatangan Ketua Bapai Polis Tangung Pangku .
- Kamarul Azam dan Razi sanggup berhadapan dengan penjahat-penjahat bertoping yang bersenjata.
- Antik berani menghantar Kamarul Azam dan Razi pulang ke Malaysia dengan miminjam motorboat Pak Mostar.

Novel Tingkatan 3 : Kanang : Cerita Seorang Pahlawan
BIL NILAI KEMANUSIAAN CONTOH PERISTIWA
1 Kasih Sayang - Kasih sayang yang ditunjukkan oleh datuk dan nenek Kanang yang sanggup memeliharanya setelah penceraian kedua-dua ibu bapanya.
- Mr Ford merupakan majikan yang baik hati dan sayang kepada Kanang. Walaupuan beliau sendiri terpaksa gulung tikar kerana kontraknya sebagai pembekal arang batu ditamatkan, dia masih memberi wang kepada Kanang untuk menyara kehidupannya.
- Helen menjaga Kanang yang terlantar di hospital akibat kecederaan dalam pertempuran dengan penuh kasih sayang selama setahun.
- Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel C.A Loone sentiasa berada di sisi Kanang sehingga Kanang dihantar ke Hospital Ipoh kerana telah mengalam kecederaan yang parah dalam Operasi Gerakan Setia. Beliau juga dua kali tidur di hospital untuk menemani Kanang.
2 Tolong Menolong - Kanang bersama-sama anggota tentera dari unit yang lain seperti Unit Risik Tempur, Unit Tinjau Khas dan unit yang lain berkerjasama untuk mengesan dan menghapuskan musuh negara.
3 Keberanian - Kanang sentiasa bersedia menjadi peninjau pertama dalam setiap operasi ketenteraan.
- Kanang berani mematikan jerangkap samar dalam setiap operasi.
- Kanang berani mencantas muka pengganas wantia yang telah ditembak dan menjilat darahnya.

Kertas 1


PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU
KERTAS 1 MASA : 1 JAM 30 MINIT

Soalan 1 hingga Soalan7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
1. Mata abang _________________ apabila lampu biliknya dipasang oleh ibu.
A terkebil-kebil
B terpinga-pinga
C berpinar-pinar
D berputar-putar
2. Mulut Aliza _______________ semasa menyaksikan persembahan ahli akrobatik yang lincah itu.
A menganga
B melopong
C terkunci
D terkatup
3. _____________ asing datang ke Malaysia kerana di negara kita terdapat banyak peluang pekerjaan.
A Pendatang
B Pelancong
C Pelanggan
D Pengunjung
4. Orang ramai __________________ pergi ke pasar raya itu kerana ada jualan murah.
A beramai-ramai
B berjalan-jalan
C berpusu-pusu
D berasak-asak
5. Kakak menyapu daun-daun kering yang _____________ di halaman rumah.
A bertaburan
B berhembusan
C bertempiaran
D berhamburan
6. Persembahan penyanyi itu begitu ______________ hati penonton yang menyaksikan persembahannya.
A memukau
B mendebarkan
C mempesonakan
D menggembirakan
7. Baju kurung moden yang berwarna jingga itu memang ____________ dengan tubuh Haliza yang tinggi lampai.
A cucuk
B padan
C cantik
D elok
Soalan 8 hingga Soalan 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C
jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
8. Hartawan ternama itu ditemui mati di dalam sebuah kereta yang enjin dan
A B
penghawa dinginnya terpasang. Tiada kesalahan.
C D
9. Para pekerja-pekerja itu dibawa khas dari negara jiran untuk membina projek
A B
lebuh raya yang baru itu. Tiada kesalahan.
C D
10. Pengetua Sekolah Menengah Jalan Bukit mengumumkan bahawa Tan Siew
A
Moi dianugerahkan hadiah pelajar cemerlang kokurikulum pada tahun ini.
B C
Tiada kesalahan.
D
11. Takat air Sungai Selasih naik secara mendadak berikutan hujan lebat yang
A B C
turun selama dua hari berturut-turut. Tiada kesalahan.
D
12. Semua pelajar-pelajar tingkatan satu yang baru masuk ke sekolah itu
A
diwajibkan menyertai minggu suai kenal yang akan diadakan pada minggu
B C
hadapan. Tiada kesalahan.
D
13. Pemuda yang tidak siuman itu berjaya ditenteramkan oleh pihak polis dalam
A B
cabarannya membunuh diri. Tiada kesalahan
C D
14. Sudah berbulan lamanya saya tidak berjumpa dengan Alia. Tiada kesalahan.
A B C D

Soalan 15 hingga Soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan
tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15. I Kerbau jantan itu lari seperti kemasukan hantu.
II Pihak berkuasa melipatgandakan usaha menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.
III Matanya terasa pedih kerana kemasukan asap sabut yang dibakar.
IV Sebagai pengurus besar, Encik Kamal mengawal kemasukan wang syarikat.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
16. I Kambing-kambing meragut rumput di padang sekolah itu.
II Pemergian sahabat karibnya telah meragut kegembiraan Dalila.
III Perkahwinan Encik Salim kali kedua telah meragut kasih sayang anakanaknya.
IV Perompak itu berjaya meragut tas tangan gadis itu.
A I dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja
17. I Matanya yang bulat dan merah menatap muka musuhnya.
II Mereka bulat suara menolak cadangan pembinaan tempat pelupusan
sampah.
III Perjumpaan meja bulat yang diadakan itu adalah untuk menyelesaikan masalah persempadanan.
IV Kamu terpaksa melalui bulat itu di Jalan Indah sebelum pergi ke Kampung Selamat.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

Soalan 18 hingga Soalan 21
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda.
Jika tiada kesalahan tandakan D.

18. Saya menunggunya selama hampir satu setengah jam di perhentian bas.
A hampir kepada satu jam setengah
B hampir setengah satu jam
C hampir satu jam setengah
D hampir satu setengah jam
19. Abang menghadiahi seutas rantai emas kepada emak bersempena dengan Hari Ibu.
A menghadiahi seurat rantai emas
B menghadiahkan seurat rantai emas
C menghadiahkan seutas rantai emas
D menghadiahi seutas rantai emas
20. Di musim kemarau, banyak petani mengalami kerugian kerana tanaman padi musnah akibat kekurangan air.
A Sewaktu musim kemarau
B Dalam musim kemarau
C Pada musim kemarau
D Di musim kemarau
21. Ketiga mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital.
A Ketiga-tiga mangsa kemalangan
B Ketiga-tiga orang mangsa kemalangan
C Ketiga-tiga orang mangsa-mangsa kemalangan
D Ketiga mangsa kemalangan

Soalan 22 hingga soalan 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22. Pak Samad mengait buah rambutan dengan pengait untuk diberikan
kepada saudaranya yang datang dari Melaka.
A Saudara Pak Samad yang datang dari Melaka ingin mengait buah rambutan dengan pengait.
B Buah rambutan itu dikait oleh Pak Samad untuk diberikan kepada saudaranya yang datang dari Melaka.
C Pak Samad menyuruh saudaranya mengait buah rambutan untuk dibawa balik ke Melaka.
D Buah rambutan itu dikait oleh saudara Pak Samad yang datang dari Melaka.

23. Kajian menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar belum memuaskan.
A Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar belum memuaskan seperti yang dikehendaki kerajaan.
B Kajian menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar belum memuaskan tahap penggunaannya.
C Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar belum memuaskan tahap penggunaannya.
D Pelajar luar bandar belum mahir berbahasa Inggeris berdasarkan kajian yang dibuat.
24. “Semasa cuti sekolah ini, janganlah melakukan perbuatan yang tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri,” pesan Pengetua kepada para pelajar.
A Pengetua menasihati para pelajar agar tidak merugikan diri sendiri dengan kegiatan yang tidak bermanfaat pada masa cuti sekolah.
B Para pelajar mendengar pesanan Pengetua yang melarang mereka melakukan kerugian semasa cuti sekolah.
C Para pelajar diingatkan oleh Pengetua supaya melakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan hasil yang lumayan.
D Pengetua mengingatkan para pelajar agar mengambil kita untung rugi sebelum melakukan sesuatu pada masa cuti sekolah.

Soalan 25 hingga soalan 27
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

25. I Walaupun soalan itu sukar bagi setengah pelajar, dia dapat menjawabnya.
II Rata-rata penduduk kampung bersetuju dengan cadangan Tuk Penghulu.
III Gulungan yang kurang upaya wajar diberikan bantuan.
IV Perahu nelayan itu terolang-oleng dilambung ombak.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

26. I Semua peserta olahraga sedang menjalani latihan pesat di Bukit Jalil.
II Dalam ingatan saya, tingkah lakunya tidak pernah mencurigakan sesiapa.
III Dia menangis termengah-mengah kerana kucing kesayangannya hilang.
IV Puan Suriani ada menjelaskan dalam suratnya tentang hal tersebut.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

27. I Orang tua perlu dihormati oleh kita yang lebih muda.
II Sewaktu datuk dan nenek tiba, ibu sedang menjerang air.
III Pakaian pengemis itu comot dan serbah-serbih.
IV Para pengunjung tertarik oleh persembahan pemain silap mata itu.
A II dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.
28. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
A burung terbang dipipiskan lada.
B lembu punya susu, sapi dapat nama.
C sekali jalan kena, dua kali jalan tahu.
D orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.

29. Peribahasa yang berikut sesuai dengan situasi gambar di atas kecuali
A seperti aur dengan tebing.
B bersatu teguh, bercerai roboh.
C berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
D bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat.
Kamarul bertungkus lumus menyiapkan modul kereta
itu. Rakannya, Nasrul hanya membantu. Namun
demikian, Nasrul pula yang mendapat pujian.

30. Peribahasa di atas bermaksud
A hendaklah melarikan diri jika berhadapan dengan musibah.
B jangan masuk campur dalam urusan dua pihak yang berkuasa.
C apabila dua kuasa besar bergaduh, rakyat juga yang menderita.
D jika dua orang yang bertenaga berlawan, yang kecil akan menjadi mangsa.

Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kalakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai: kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang Zuhur; sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, “Ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar, dan kalau aku pergi
kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu, dan jikalau aku
pergi kepada orang berdikir itu perutku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu
dahulu, kerana sabda junjungan: Dahulu kerjakan wajib daripada kerja yang lainlain.” Hatta telah Lebai Malang berfikir demikian, maka ia pun pergilah ke rumah
orang kematian itu. Dengan takdir Allah Taala Pak Lebai bertemu dengan orangorang yang pergi menanamkan orang mati itu baharu pulang sahaja dari kubur. Maka
kata saudara si mati, “Allah Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah habis suatu pun tiada lagi, minta maaflah sahaja kepada Pak Lebai.” Maka kata Pak Lebai,
“Sudahlah, apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki sahaya.” Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu, serta ia sampai ke sana, orang
semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang yang empunya kerja itu, katanya, “Ah, ah, ini pun Pak Lebai baru tiba! Mengapa Pak Lebai lambat datang?
Sekarang apa pun tiada lagi: semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah hal sahaya ini, kerana semuanya sudah habis sekali.”
(Dipetik daripada prosa tradisional Lebai Malang, Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP)

31. Tindakan Pak Lebai berfikir sebelum pergi ke rumah kenduri menunjukkan bahawa dia
A berhati-hati.
B prihatin.
C tamak.
D teliti.
32. Mengapakah Pak Lebai mengambil keputusan untuk pergi ke rumah orang mati dahulu?
A Rumah orang mati itu lebih dekat
B Makanan di rumah tersebut lebih sedap
C Pengebumian orang mati itu perlu diutamakan
D Tuan rumah orang mati menjemputnya dahulu
33. Nilai utama yang ingin diterapkan dalam cerita Lebai Malang ialah
A menepati masa.
B berfikir secara rasional.
C menghormati jiran tetangga.
D keharmonian hidup bermasyarakat.
34. Yang berikut latar masyarakat dalam petikan di atas kecuali
A mementingkan diri sendiri.
B mengamalkan cara hidup Islam.
C masyarakat yang berbudi bahasa.
D saling membantu dalam kenduri-kendara.
35. Cerita Lebai Malang diakhiri dengan
A Mak Lebai memarahi Pak Lebai.
B penganannya dilarikan oleh anjing.
C Pak Lebai masuk ke dalam kelambu.
D barang-barang Pak Lebai telah dicuri.

Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

RUANG
Tuhan memberikan ruang dan udara
untuk kita menghambat kehidupan
biarpun aku dalam panas sinar mentarimu
malammu terlalu lembut dengan udara dingin
yang mencengkamku hingga jauh di hujung malam.
Tuhan memberikan ruang dan udara
yang cukup panjang untuk kita
mendaki bukit-bukit harapan
sambil mencari ketentuan
yang terapung di mana-mana
aku berterima kasih
kerana kau telah menjanjikan
sesuatu yang tak dapat aku pastikan.
Ahmad Razali Hj. Yusuf
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,
Tingkatan 2, DBP)
36. Ruang dalam sajak ini mungkin sekali ialah tempat
A kediaman.
B untuk bernafas.
C untuk bekerja.
D untuk hidup.
37. Yang berikut manfaat “ruang dan udara” kepada manusia kecuali
A membolehkan kita mengejar kehidupan.
B melakukan apa-apa sahaja yang disukai.
C memberikan masa yang cukup untuk bertindak.
D menikmati perubahan cuaca pada waktu siang dan malam.
38. Apakah perasaan yang digambarkan dalam baris sajak di atas?
A Lega
B Insaf
C Syukur
D Gembira
39. Unsur gaya bahasa yang terdapat pada baris ketiga bait kedua sajak di atas ialah
A simile
B metafora
C hiperbola
D personifikasi

aku berterima kasih kerana kau telah menjanjikan
sesuatu yang tak dapat aku pastikan. Tuhan memberikan ruang dan udara yang cukup panjang untuk kita
mendaki bukit-bukit harapan sambil mencari ketentuan
40. Sajak “Ruang” bertemakan
A mensyukuri rahmat Tuhan.
B menikmati perubahan cuaca.
C bergerak bebas dalam kehidupan.
D melakukan sesuatu yang digemari.
- KERTAS SOALAN TAMAT -

Kertas 1

Soalan 1 hingga Soalan 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1. Para ______________ diminta memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara.

seniman
budayawan
cendekiawan
biduan

2. Kumar terpaksa bekerja selepas pulang dari sekolah untuk ______________ pelajarannya kerana hidupnya susah.

membiaya
membiayai
biayai
membiayakan

3. Penjahat-penjahat itu berlari ____________________ apabila dikejar oleh polis.

simpang-siur
tercungap-cungap
lintang-pukang
gopoh-gapah

4. Kedudukan syarikat itu menjadi lebih ____________ apabila barang-barang keluarannya telah dipasarkan ke luar negara.

maju
dinamik
teguh
kuat

5. Amirah Zahirah duduk _________________ ketika makan bersama-sama tetamu lain dalam majlis perkahwinan sepupunya.

besimpuh
bersempoh
bertempuh
bersila.

6. Bantuan kewangan itu ______________ untuk kanak-kanak terencat akal.

ialah
adalah
boleh
telah




7. Setiap pagi Ahmad akan bersarapan ______________ roti sebelum pergi ke sekolah.

setongkol
sekeping
sehelai
sepotong

Soalan 8 hingga Soalan 14

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan-kesalahan ini telah di tanda dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, dan C jika ayat itu itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8. Kerajaan telah mengorbankan lebih RM 7,000 juta bagi membina 17 buah IPTA
A B
untuk membolehkan graduan elit memimpin kemajuan negara ini. Tiada kesalahan.
C D

9. Beberapa buah negara besar telah bersekongkol untuk menyerang Iraq di atas
A B
tuduhan kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah. Tiada kesalahan.
C D

10.Pedana Menteri menyifatkan kedua-dua pelajar yang berjaya mendaki Gunung
A
Everest bukan saja cemerlang tetapi terbilang kerana tidak banyak orang yang
B
berjaya mendaki ke puncak.Tiada kesalahan.
C D

11.Kita perlu makanan yang seimbang untuk pembesaran tubuh yang sempurna di
A B
samping mendapatkan bekalan tenaga yang cukup dan mengelakkan penyakit
C
tertentu. Tiada kesalahan.
D


12. Mesyuarat tergempar itu membincangkan tentang masalah disiplin yang semakin
A B C
serius di kalangan pelajar. Tiada Kesalahan.
D

13. “Kita ingin mempelajari cara-cara membuat batik dengan mendalam lagi”. Kata
A B C
para pelajar itu kepada penyelia kilang itu. Tiada kesalahan
D

14 Setiap peserta Sukan SEA ke-16 di Manila mempunyai sebuah cita-cita untuk
A B
mengharumkan nama negara. Tiada Kesalahan.
C D

Soalan 15 hingga soalan 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15. I Sejak akhir-akhir ini dia jarang-jarang pulang ke kampungnya
II Memakai pakaian yang jarang-jarang ke sekolah menjadi satu kesalahan
III “Pokok kelapa yang kamu tanam itu agak jarang-jarang “.Kata Yusof kepada
Ali.
IV Jarang-jarang benar dia mengambil tahu tentang keluarganya

I dan II
I dan IV sahaja
II,III dan IV sahaja
III dan IV

16. I Siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan mendatang?
II Demokrasi di Malaysia akan mendatang kebahagian kepada rakyat negara ini.
III Orang mendatang mesti diberi layanan yang saksama
IV Dia baru saja mendatang dari Johor

1 dan III sahaja
II dan IV sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahaja

17. I Kampung kami keputusan air semenjak seminggu yang lalu kerana empangan
pecah.
II Keputusan Zaman untuk berhenti berkerja telah mengecewakan ibu bapanya.
III Bagaimanakah keputusan perhubungan antara dua buah negara itu.
IV Hanya tinggal sehari sahaja lagi keputusan PMR akan diumumkan.

I dan II
I,II dan IV
II dan IV
I,II,III dan IV

Soalan 18 hingga soalan 21

Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda mengangap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah , anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D

18. Beberapa pelajar-pelajar sekolah itu telah memilih belajar bahasa Cina sebagai
bahasa pilihan.

Beberapa pelajar sekolah itu telah memilih belajar bahasa Cina sebagai bahasa pilihan
Beberapa orang pelajar memilih sekolah itu
Beberapa orang pelajar sekolah itu telah memilih
Beberapa pelajar-pelajar sekolah itu telah memilih

19. Persatuan belia kampung itu yang mengharapkan kepimpinan dari belia yang
berpengalaman.

harap akan pimpinan dari
mengharapkan pimpinan daripada
yang mengharapkan kepimpinan dari
yang mengharapkan kepimpinan dari

20. Faedah yang diperolehi bila kita terlibat dengan akitiviti kokurikulum sangat
besar.

Faedah yang diperoleh apabila kita terlibat
Faedah yang diperolehi apabila kita terlibat
Faedah yang diperoleh bila kita terlibat
Faedah yang diperolehi bila kita terlibat

21. Penghulu kampung itu menerangkan kepada saya rumah di pinggir
kampung itu telah dimasuki pencuri malam semalam

rumah itu di pinggir kampung
bahawa rumah di pinggir kampung itu
bahawa di pinggir rumah kampung itu
rumah di pinggir kampung itu


Soalan 22 hingga Soalan 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22. Setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak terlepas daripada menghadapi
pahit manis kehidupan.

Pahit manis kehidupan tidak terlepas oleh setiap manusia di dunia ini.
Pahit manis hidup pasti ditempuhi dalam setiap kehidupan manusia di dunia ini.
Pahit manis hidup manusia di dunia dihadapi oleh semua manusia yang hidup.
Pahit manis kehidupan pasti dilalui oleh semua manusia yang hidup di dunia ini.

23. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita mestilah mempunyai
motivasi kendiri dan sentiasa bersikap positif.

Motivasi kendiri dan sikap yang positif adalah ciri-ciri pelajar yang cemerlang.
Motivasi kendiri dan sikap yang sentiasa positif adalah ciri-ciri pelajar yang ingin cemerlang.
Motivasi kendiri dan sikap positif menjadikan pelajar cemerlang.
Motivasi kendiri dan sikap yang positi mesti ada pada pelajar yang cemerlang

24. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk mendidik anak-
anak mereka bagi mengelakkan gejala sosial.

A. Gejala sosial akan dapat diatasi jika ibu bapa sentiasa mendidik anak-anak mereka.
B. Peranan ibu bapa amat penting dengan mendidik anak mereka bagi mengelakkan gejala sosial.
C. Masalah sosial akan dapat diatasi jika ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik anak mereka.
D. Ibu bapa haruslah mengelakkan anak mereka daripada melakukan gejala sosial.

Soalan 25 hingga Soalan 27

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

25. I . Remaja yang diberi kebebasan sepenuhnya oleh ibu bapa mereka sering
menyalahgunakan kebebasan itu.
II Para peniaga runcit dinasihati supaya menyimpan cukup barang
terutamanya pada musim-musim perayaan.
III Oleh sebab hari hujan saya tidak dapat pergi sekolah
IV Saya terus menendang bola itu ke tengah padang.


I sahaja
I dan II sahaja
I dan IV sahaja
I, II, III dan IV.

26. I. Kita semua perlu sepakat di dalam perkara ini.
II Perjanjian Ekonomi di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia telah
ditandatangani pada minggu lepas.
III Rita menghadiahi gurunya sejambak bunga pada ‘Hari Guru’ yang lalu.
IV Suasana di kampung contoh itu sungguh tenang sekali.

I dan II
I dan III
III sahaja
III dan IV sahaja

27. I Dia galak menukar keretanya setiap tahun
II Ayam hutan itu sangat galak dan sukar dijerat
III Ibu tiri Tina tidak galak sangat
IV Tawaran harga murah itu tidak galak perhatiannya

I dan II sahaja
I, II dan III sahaja
III dan IV sahaja
I,II,II dan IV


Soalan 28 hingga Soalan 30

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

28. Pak Mat merupakan seorang pengusaha kain songket. Dia dapat membezakan
kualiti hasil songket sama ada yang dihasilkan dengan tangan atau mesin kilang.
Pekerjaan Pak Mat boleh dikatakan.

seperti cincin dengan permata
seperti menatang minyak yang penuh
jauhari juga yang mengenal manikam
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

29 Peribahasa berikut berkaitan dengan sikap untuk sentiasa berusaha bagi
memperoleh kejayaan kecuali

A. belakang parang diasah lagikan tajam
B. sikit-sikit lama-lama jadi bukit
C. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
D. sehari selembar benang lama-lama menjadi kain



30 Jangan berebutkan tembikar pecah



Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah

Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya
Jangan campuri urusan orang lain
Sesuatu perkara yang tidak baik jangan dibiarkan sampai melampaui batas
Menyimpan rahsia yang lambat laun akan diketahui juga oleh oran


Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Dengan rasa terkilan dan hampa yang mengasak-asak dada, aku balik ke kelas. Kukira,waktu rehat nanti merupakan detik penentu. Ah, Geografi, Sains Paduan, Matematik dan lukisan: Alangkah lamanya kalian akan beredar untuk menyegerkakanku bertembung waktu rehat!
Loceng berdering sebaik saja aku tiba di kantin. Beberapa orang pelajar lelaki sudah berebut-rebut mahu mendahului sesama sendiri. Kukira, hanya kali ini saja peluang untukku menemui Tina. Minggu hadapan, sukan. Tambah sibuk lagi. Dan aku pun tentu tidak akan bertugas di kantin.
“Jangan berebut-rebut ya. Belajar bersabar. Kan sabar tu separuh daripada iman!”
“Macam saya kan bagus bang. Sabar.Berbaris pun di belakang sekali……”
“Wah masuk bakul angkat sendiri ya,” usikku.
Beberap orang sahabatnya ikut tersengih seperti dia. Aku juga. Tapi pandanganku tiba-tiba beralih tumpu.
Tina!
Di sebelah kumpulan pelajar perempuan, dia kelihatan terjengket-jengkit menjengah hidangan kuih yang dijual.
“Tina tak nampaklah, bang. Orang di depan tu tinggi. Macam mana Tina nak tengok,” suara Tina merengek, pada suatu ketika kami menonton pertunjukan silap mata di pinggir jalan.
“Dukunglah Tina ….,” rengeknya terus. Di luar sedarku, aku sudah menghampiri dia. Nampaknya dia menyedari kehadiranku. Dia memasamkan muka.
Tinaaa!
Abang rindu!
Kelihatannya dia semakin resah. Apabila kufikir sejenak, salahku juga. Membuatkan dia serba salah. Tapi biarkan dulu. Dia mahu membeli sesuatu.
Dalam pada dia duduk, kemudian hendak menjamah nasi lemak, aku duduk di hadapannya.
“Maaf. Sa…ya, saya minta maaf pada adik kalau mengganggu. Er… nama adik, Sutina? Entahlah kenapa soalan itu yang kuluahkan dalam tergagap-gagap begitu. Dia kelihatan mengerut dahinya.
“Jangan kacaulah. Saya nak makan,” balasnya tegas.

(Dipetik daripada cerpen Tina oleh Aminhad,
Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, Tingkatan 2 DBP)


31. Mengapakah “aku merasakan begitu lama untuk sampai waktu rehat?

kerana aku akan bertugas di kantin
kerana aku akan bertemu Tina
kerana aku telah membuat janji temu dengan Tina
kerana hari tersebut merupakan peluang terakhir untuk bertemu Tina

32. Apakah yang membuatkan “aku” berasa bersalah kepada Tina?

aku membuatkan Tina berasa tidak selesa disebabkan kehadiranku.
aku telah menghampiri Tina dan dia memasamkan muka.
aku telah mengganggu Tina untuk makan.
aku telah memanggil nama Tina.

33. Apakah teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam petikan tersebut.

Imbas muka
Kejutan
Imbas kembali
Hiperbola

34. Berikut merupakan perwatakan watak “aku” dalam petikan kecuali

Sentiasa menyayangi adiknya
Seorang yang bertangungjawab
Seorang yang tidak dapat menerima takdir
Seorang yang sentiasa menghormati orang lain

35. Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen Tina kecuali

Kasih sayang dalam sesebuah keluarga
Sikap tangungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Kegigihan untuk mencapai kejayaan.
Pengaruh rakan sebaya ketika membuat keputusan

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca syair di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidak ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.

Tenaga pemuda memang terbilang,
Tenaga yang sedang gilang-gemilang
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.

Tenaga pemuda tenaga bererti
Tenaga yang berani menempah mati,
Tidak mengenal erti nanti,
Hanya penuh kemahuan mesti

Tenaga pemuda mestilah sayang,
Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu tenaga kencang
Berani sampai berputih tulang.

Tenaga pemuda kalau dijaga,
Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan negara.


(Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta,
Tingkatan 3, DBP)



36. Berikut merupakan keistimewaan tenaga pemuda kecuali

Berani menentang musuh
Merupakan golongan yang sentiasa patuh kepada arahan ketua.
Golongan yang tidak suka bertangguh dalam melaksanakan tugas
Merupakan golongan yang kuat dan dapat melaksanakan tugas yang sukar


37. Mengapakah tenaga pemuda jangan dibiarkan lemah dan goyang.

kerana waktu muda mereka mempunyai tenaga yang banyak dan berani berkorban jiwa dan raga.
kerana waktu muda mereka bersemangat kental dan tidak takut mati.
Kerana waktu muda mereka sentiasa kuat dan dapat melaksanakan tugas yang berat dan sukar
Kerana waktu muda mereka berani mempertahankan kedaulatan negara.

38. Beban yang berat dapat dijulang
Beban yang yang jauh dapat dijelang


Unsur gaya bahasa yang terdapat pada perkatan yang bergaris di atas ialah

Responsi
Personifikasi
Anafora
Epifora

39. Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam syair tersebut kecuali

Berani
Bersemangat patriotik
Rajin
Menghargai masa

40. Apakah tema syair tersebut

Tangungjawab dan peranan pemuda kepada masyarakat dan negara
Kekuatan dan kelemahan tenaga pemuda dalam sesebuah negara
Peranan pemuda pada masa akan datang
Keberanian pemuda terhadap musuh negara.




KERTAS SOALAN TAMAT